Tuesday 21 August 2012

Gadai nyawa kejar emas? Kenak?


Kosmo 21 Ogos 2012
Tempah maut dalam terowong

Oleh MULLER ASEN
berita@kosmo.com.my


Pengurus Geologi North Borneo Gold, Murray Stevens memantau kawasan perlombongan haram di kaki Gunung Tabai di Bau, Sarawak baru-baru ini.



KUCHING – Meskipun lombong emas di kaki Gunung Tabai, Bau di sini sudah memakan tiga korban, para pelombong emas haram tidak pernah serik untuk mencari logam berharga itu sejak berbulan-bulan lalu.

Lebih menjengkelkan, mereka bukan sahaja mencuri emas dari lombong berkenaan bahkan sanggup pula memberi suapan kepada pekerja syarikat yang memiliki lombong terbabit agar melindungi kegiatan mereka.

Lombong tersebut dimiliki oleh syarikat North Borneo Gold Sdn. Bhd.

Pelombong emas haram itu yang terdiri daripada warga tempatan dan pendatang asing tanpa izin langsung tidak mempedulikan soal keselamatan diri ketika melakukan kegiatan tersebut.

Ini kerana hasil jualan emas yang diperoleh sangat lumayan.

Peralatan-peralatan khas seperti penyodok tanah, pahat, tukul, guni serta khemah yang dibawa menjadi penguat semangat kepada mereka untuk menggali emas sebanyak mungkin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sumber Berita: Kosmo Online
____________________________________________________________________________________________
Kenak orang sanggup gadai nyawa dan buat apa jak demi utk mendapatkan emas? Apa kah Emas ya lebih mahal dan berharga gik dari nyawa sidak empun? Menurut pandangan kmk, the only reason kenak org sanggup polah apa saja demi Emas adalah, sebab emas BERNILAI. ya jak. simple. Pusin belit camney sekali pun cerita emas tok, end up nya, mesti org mau memiliki, ingin memiliki, suka kepada emas sebab nya bernilai :)
Secara lansung, tok akan manjawab SOALAN-Soalan yg Berbunyi camtok: 
" Ney ko tauk harga emas makin ari makin mahal? Mun emas turun harga jadi RM0 camney? "
Sebab ya, bila kelaka part Emas, kita sik pat diat Emas sama macam persepsi pelaburan-pelaburan lain. Pelaburan lain, walau apa sekali pun jenis pelaburan ya, (ktk tolong nama kan dikpun rah comment) mesti akan ada SOMETHING utk explain dengan details 'why this why that' pelaburan tersebut boleh di yakini oleh pelabur. Kita pun menar-menar ngecek details sebelum mula melabur di sia.

2600 tahun yang lalu Kerajaan Lydia mengeluarkan syiling emas pertama dunia, The Lydian Lion.Ia menunjukkan bahawa ribuan tahun dahulu hati manusia sudah tertarik kepada emas danmenggunakannya sebagai wang.



Berbeza dengan pelaburan emas. kmk explain dalam bentuk situasi:

Mun lah tek Emas lamak nak di atas tok di temu ktk masa ncangkul tanah bekebun(memang ada org madah 'mun juakk'. Tapi sikpa, main point di sitok just utk berik ktk gambaran situasi jak). Secara automatic, sik payah kmk explain apa-apa, ktk sedia maklum bahawa benda ya Emas dan ktk akan menyimpan nya walaupun emas tok dah 2600 tahun yang lepas pun cerita. Sik perlu kmk yakin kan lagik dengan 'why this why that' bila bercerita tentang emas. Tanpa ngeluar graph performance Emas sejak 10 tahun lepas pun kita terus paham dan yakin bahawa emas adalah bernilai  :)

Di Public Gold, ktk boleh memiliki emas pada harga yang lebih murah dari harga pasaran. Senang beli. Senang jual balit. Sikda gago bergadai nyawa :) Just Call/Sms/whatsapp kmk +6016538019(available masa kmk cuti jak. kmk kerja di Offshore rig. masa kerja sikboleh embak tepon) / +60168965244 (24/7) or Inbox kmk di Facebook utk LOCK price ktk. For more info, Bagaimana Membeli & Menjual?

Oleh itu, kmk strongly believe Emas ada lah satu pelaburan yang selamat dan menguntongkan sesiapa sahaja yang tauk ilmu yang benar tentang nya :)

NOTA: Sungguh pun kmk madah emas tok lebih bagus dari lain-lain pelaburan, bukan bermaksud kmk nyuroh ktk close semua pelaburan lain dan fokus semata-mata dengan pelaburan emas ajak. Dan bukan  juak bermaksud pelaburan lain semua-semua sik bagus. Point yang kmk sampaikan di sitok hanya untuk perbandingan jak. Your money, Your choice, Your decision to make :)


No comments:

Post a Comment